clik me

Sabtu, 22 Mei 2010

Pembenihan ikan tilapia merah

Rabu, 28 April 2010

Ikan toman

Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak diberitakan ikan ini suka menggigit manusia.

Ikan Ketutu

Ikan Ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal.

Ikan Puyu

kan Puyu ("Anabas testudineus") merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan ( tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas'bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.

Ikan Kap Rumput

Ikan Kap Rumput atau nama saintifiknya Ctenopharyngodon idellus merupakan sejenis ikan air tawar yang berasal dari Siberia dan utara China. Ia boleh ditemui di timur Asia, Amerika Syarikat dan Eropah.

Ikan Baung

Baung adalah nama segolongan ikan yang termasuk ke dalam marga Hemibagrus, suku Bagridae. Ikan yang menyebar luas di India, Cina selatan dan Asia Tenggara ini[1] juga dikenal dengan banyak nama daerah, seperti ikan duri, baong, baon (Mly.), bawon (Btw.), senggal atau singgah (Sd.), tagih atau tageh (Jw.), niken, siken, tiken, tiken bato (Kalteng), dan lain-lain.[2]
Baung masih sekerabat dengan lele (bangsa Siluriformes). Nama marganya, Hemibagrus, berasal dari kata bahasa Latin hemi yang berarti “setengah” atau “separuh”, dan bagrus, yang dipungut dari pelafalan Muzarab bagre atas perkataan Yunani pagros, yakni nama sejenis ikan laut (Ingg.: seabream).

Ikan Patin

Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:
  1. Patin kolam
  2. Patin Sungai
    1. patin buah
    2. Patin Mucung
    3. Patin Juara.