Sabtu, 22 Mei 2010
Rabu, 28 April 2010
Ikan toman
Ikan Toman atau nama saintifiknya Channa micropeltes. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia.
Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak diberitakan ikan ini suka menggigit manusia.
Di Indonesia ikan ini banyak didapati di kawasan pertanian khususnya daerah Sumatera (kebun-kebun kelapa sawit), dan banyak diberitakan ikan ini suka menggigit manusia.
Ikan Ketutu
Ikan Ketutu atau nama saintifiknya Oxyeleotris marmoratus. adalah tergolong dalam ikan air tawar yang terdapat di negara-negara Asia Tenggara. Habitat utamanya adalah di sungai, tasik dan lombong tinggal.
Ikan Puyu
kan Puyu ("Anabas testudineus") merupakan spesis ikan air tawar yang paling lasak, Sawah atau tali air serta sungai kecil menjadi habitat utama spesis ini, bersisik dan bersirip keras memudahkan spesis ini bergerak diatas tanah yang berair, kerana pada ketika tertentu pada musim hujan kebanyakkanya berhijrah dan akan memanjat tebing sungai mencari lopak air yang lain. Ia paling layak digelarkan spesis yang suka hijrah. Spesis ini juga mampu bertahan tanpa air hingga beberapa jam. Spesis ini hidup secara berkumpulan, dan kerana itu spesis ini mudah terancam oleh aktiviti-aktiviti penangkapan ikan seperti jaring, pukat, jala, tuba, & pancingan yang keterlaluan ( tanpa mengamalkan kaedah 'tangkap&lepas'bagi yang bersaiz kecil). Terdapat kepercayaan dalam masyarakat Melayu yang mana spesis ini mampu menghalang gangguan makhluk halus. Kerana itu, masyarakat Melayu lama memelihara spesis ini di dalam rumah untuk tujuan itu.
Ikan Kap Rumput
Ikan Baung
Baung adalah nama segolongan ikan yang termasuk ke dalam marga Hemibagrus, suku Bagridae. Ikan yang menyebar luas di India, Cina selatan dan Asia Tenggara ini[1] juga dikenal dengan banyak nama daerah, seperti ikan duri, baong, baon (Mly.), bawon (Btw.), senggal atau singgah (Sd.), tagih atau tageh (Jw.), niken, siken, tiken, tiken bato (Kalteng), dan lain-lain.[2]
Baung masih sekerabat dengan lele (bangsa Siluriformes). Nama marganya, Hemibagrus, berasal dari kata bahasa Latin hemi yang berarti “setengah” atau “separuh”, dan bagrus, yang dipungut dari pelafalan Muzarab bagre atas perkataan Yunani pagros, yakni nama sejenis ikan laut (Ingg.: seabream).

Ikan Patin
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasius Sutchi adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong. Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau 20kg. Diet utama spesis ini adalah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang.
Ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang yang mana telah dikenalpasti sebagai kawasan yang mempunyai sungai yang berupaya mewujudkan ikan patin terbaik dan sedap dimakan. Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai tempoyak. Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar. Terdapat beberapa jenis ikan patin yang biasa dikenali antaranya ialah:

- Patin kolam
- Patin Sungai
- patin buah
- Patin Mucung
- Patin Juara.
Isnin, 26 April 2010
Sabtu, 17 April 2010
Ikan Kelah
Ikan Kelah (bahasa Inggeris: Mahseer) adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan. Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India. Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilogram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikah Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.
Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.
Jumaat, 16 April 2010
Ikan Kelisa
kan Kelisa (bahasa Inggeris: Arowana) juga dikenali sebagai "Dragon Fish" atau "Bony-tongued Dragon" oleh sesetengah masyarakat Cina serta para pengeksport/pengimport khususya, adalah spesis ikan hiasan eksotik air tawar yang amat diidamkan oleh kebanyakan pemelihara ikan hiasan akuarium. Ini adalah kerana spesies ini mampu mempamerkan keasliannya sebagai ikan hiasan klasik yang bermutu tinggi. Semua ikan kelisa mempunyai kepala yang agak bertulang, dan badan memanjang yang dilitupi sisik besar dan berat dengan corak mozek terusan. Sirip dorsal dan dubur mempunyai sinar lembut dan agak panjang, manakala sirip pektoral dan ventral adalah kecil. Nama bony-tongue (lidah-tulang) berasal dari tulang bergigi di dasar mulut ikan kelisa, 'lidah', yang menggigit kepada gigi di lelangit mulut. Digelar dragon (naga) pula kerana sisik dan sesungutnya yang besar, menyerupai naga Cina. Ikan kelisa boleh mendapat oksigen dari udara dengan menyedutnya ke dalam pundi renangnya, yang berkedut dengan kapilari seperti tisu peparu.
Ikan Siakap
Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.
Pada permulaan musim monson ikan jantan mudek ke hilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur sejumlah besar telor (jutaan setiap seekor). Ikan jantan tidak menjaga telor atau anak ikan, yang memerlukan air air payau untuk membesar.
Spesies ini merupakan hermaphrodite jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang-kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan kadang-kala menunjukkan ciri-ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggi protogyny dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.
Kitaran hidup
Ikan Siakap makan crustacean, moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); anak Ikan Siakap memakan zooplankton. Ikan Siakap merupakan euryhaline, tetapi stenothermal. Spesies Ikan Siakap berpindah mendiami sungai dan mudik ke muara dan kuala untuk membiak. Di kawasan jauh dari air tawar populasi air masin mungkin bertapak.Pada permulaan musim monson ikan jantan mudek ke hilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur sejumlah besar telor (jutaan setiap seekor). Ikan jantan tidak menjaga telor atau anak ikan, yang memerlukan air air payau untuk membesar.
Spesies ini merupakan hermaphrodite jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang-kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan kadang-kala menunjukkan ciri-ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggi protogyny dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.
Ikan Tilapia
Ikan Tilapia merupakan nama umum bagi hampir seratus spesies ikan cichlid dari puak biologi tilapiine cichlid. Tilapia mendiami pelbagai kawasan air tawar dan, sekali-sekala, habitat air payau bermula dari alur anak sungai kecil dan kolam sehingga sungai, tasik, dan muara. Kebanyakan ikan tilapia merupakan haiwan maserba dengan kecenderungan pada bagi tumbuhan rumpair lembut dan detritus. Dari segi sejarah tilapia merupakan ikan tangkapan penting di Afrika dan Levant, dan menjadi semakin penting dalam akuakultur di sekeliling dunia (lihat akuakultur tilapia). Di mana tilapia telah diperkenalkan secara sengaja atau tidak sengaja, ia semakin menjadi spesies ceroboh yang bermasalah (lihat tilapia sebagai spesies eksotik).
Antara genus ikan tilapia adalah:
Antara genus ikan tilapia adalah:
- Tilapia Hitam (Oreochromis mossambicus).
- Tilapia Merah (Oreochromis niloticus)
- Tilapia Biru (Oreochromis aureus)
Khamis, 15 April 2010
Ikan Keli
Ikan keli atau nama saintifiknya (Clarias gariepinus) adalah termasuk di dalam keluarga Clariidae. Ia berbeza dari jeenis-jenis ikan berduri yang lain daripada keluarga Ictaluridae seperti Ictalurus spp (Channel catfish), keluarga Schilbeidae (Pangasidae) seperti ikan Patin (Pangasius sp). Dan keluarga Bagridae seperti ikan Baung (Mystus sp). Dua spesies keluarga Clariidae yang biasa dikenali di negeri ini ialah ikan keli Bunga, (Clarias macrocephalus), dan ikan keli Kayu (Clarias batrachus).
Ikan ini berupaya untuk hidup di dalam pelbagai keadaan dan mutu air. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil untuk diternak dan boleh distok lebih padat dari kebanyakan spesies iakn air tawar lain. Ia boleh hidup di atas darat untuk beberapa jam atau di dalam air yang rendah kandungan oksigen terlarut kerana ia mempunyai organ arboresen yang membolehkannya bernafas udara selagi alat pernafasan ini masih lembab.

Langgan:
Catatan (Atom)