clik me

Jumaat, 16 April 2010

Ikan Siakap

Ikan Siakap atau juga dikenali sebagai ikan Kakap Putih, merupakan ikan air tawar dan air masin. Nama sainsnya Lates calcarifer. Ikan Siakap merupakan ikan pemangsa. Ikan Siakap mendiami sungai, dan air laut. Diet utamanya adalah anak-anak ikan (termasuk anaknya) dan juga udang, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Siakap muda makan zooplankton. Spesies katadromous ini tinggal di sungai dan menyusur sungai dan kekuala dan lembah takungan banjir bagi bertelur. Pada permulaan monson, ikan jantan menyusur kehilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur dengan banyaknya (berjuta setiap ekor). Ikan dewasa tidak menjaga telor atau anaknya, yang memerlukan air payau untuk berkembang. Spesies ini adalah hermaphroditik turutan, kebanyakan individual matang sebagai jantan dan menjadi betina selepas sekurang-kurangnya satu musim mengawan; dengan itu kebanyakan spesimen besar adalah betina.

Kitaran hidup

Ikan Siakap makan crustacean, moluska, dan ikan kecil (termasuk spesiesnya sendiri); anak Ikan Siakap memakan zooplankton. Ikan Siakap merupakan euryhaline, tetapi stenothermal. Spesies Ikan Siakap berpindah mendiami sungai dan mudik ke muara dan kuala untuk membiak. Di kawasan jauh dari air tawar populasi air masin mungkin bertapak.
Pada permulaan musim monson ikan jantan mudek ke hilir bagi bertemu ikan betina, yang bertelur sejumlah besar telor (jutaan setiap seekor). Ikan jantan tidak menjaga telor atau anak ikan, yang memerlukan air air payau untuk membesar.
Spesies ini merupakan hermaphrodite jujukan, kebanyakan individu matang sebagai ikan jantan dan menjadi ikan betina selepas sekurang-kurangnya selepas satu musim mengawan; kebanyakan contoh ikan besar dengan itu merupakan ikan betina. Ikan dalam kurungan kadang-kala menunjukkan ciri-ciri ikan liar biasa: ia bertukar jantina pada saiz kecil, pembahagian lebih tinggi protogyny dan sesetengah ikan jantan tidak melalui perubahan jantina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan