clik me

Khamis, 15 April 2010

Ikan Keli

Ikan keli atau nama saintifiknya (Clarias gariepinus) adalah termasuk di dalam keluarga Clariidae. Ia berbeza dari jeenis-jenis ikan berduri yang lain daripada keluarga Ictaluridae seperti Ictalurus spp (Channel catfish), keluarga Schilbeidae (Pangasidae) seperti ikan Patin (Pangasius sp). Dan keluarga Bagridae seperti ikan Baung (Mystus sp). Dua spesies keluarga Clariidae yang biasa dikenali di negeri ini ialah ikan keli Bunga, (Clarias macrocephalus), dan ikan keli Kayu (Clarias batrachus).
Ikan ini berupaya untuk hidup di dalam pelbagai keadaan dan mutu air. Ia hanya memerlukan kawasan ternakan yang kecil untuk diternak dan boleh distok lebih padat dari kebanyakan spesies iakn air tawar lain. Ia boleh hidup di atas darat untuk beberapa jam atau di dalam air yang rendah kandungan oksigen terlarut kerana ia mempunyai organ arboresen yang membolehkannya bernafas udara selagi alat pernafasan ini masih lembab.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan